Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ubai terletak di tengah-tengah sempadan di antara Bandar Kuantan dan Pekan, 29.7 km dari Bandar Kuantan, 21.5 km dari Bandar Pekan. Menurut cerita orang tua yang sudah lama menetap di Kampung ini, mereka menyatakan nama kampung tersebut diberi sempena nama satu pokok rempah ubai. Menurut cerita lain, nama kampung ini diberi sempena nama orang asli iaitu ‘Ubai’ yang pernah menetap di kampung ini. Menurut catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


MENCIPTA VIDEO MENGGUNAKAN CANVA

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2022

Aktiviti yang dijalankan pada bulan ini adalah mencipta video menggunakan aplikasi Canva. Aktiviti ini melibatkan pelajar sekolah rendah dan menghasilkan video bertemakan klik dengan bijak....baca selanjutnya

BENGKEL DAN PAMERAN MIV "KLIK DENGAN BIJAK" BERSAMA IBU BAPA PELAJAR SK CHENGAL LEMPONG

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

Aktiviti ini merupakan anjuran sekolah SK Chengal Lempong yang melibatkan 3 buah PEDi iaitu PEDi Kg Ubai, PEDi Kg Balok dan PEDi Mahkota Jaya sebagai fasilitator bagi program Bengkel dan Pameran MIV "Klik Dengan Bijak" bersama ibu bapa pelajar SK Chengal Lempong....baca selanjutnya

PERTANDINGAN FAST TYPING

Aktiviti Terkini | 6 November 2022

Aktiviti yang dijalankan pada bulan ini adalah pertandingan fast typing bersama penduduk setempat dalam kalangan pelajar berumur 10 tahun sehingga 15 tahun. Di samping itu, program Klik dengan Bijak turut diselitkan sebelum pertandingan berlangsung....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SIBER BERSAMA PIHAK INDUSTRI TELEKOMUNIKASI DI NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2022

Program Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu satu program berteraskan pembudayaan penggunaan internet secara positif berdasarkan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Program Advokasi Siber Bersama Pihak Industri Telekomunikasi Di Negeri Pahang telah dijalankan bagi membudayakan penggunaan internet secara positif....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 24 September 2022

Aktiviti yang dijalankan pada kali ini adalah pertandingan mewarna di atas talian. Aktiviti yang dijalankan adalah untuk menarik minat peserta untuk mengunjungi PEDi bagi menjalankan aktiviti PEDi yang lain....baca selanjutnya

KUIZ KAHOOT KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Aktiviti yang dijalankan pada kali ini adalah kuiz kahoot kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan ini. Kuiz yang disediakan adalah melalui platform atas talian iaitu Kahoot! dan memerlukan peserta untuk menjawab kuiz di peranti masing-masing...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PERKONGSIAN BERKENAAN MEMBUDAYAKAN RUKUN NEGARA MEREALISASIKAN PERPADUAN BANGSA

Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2022

Perkongsian live bersama diantara empat buah PEDi iaitu PEDi KG Ubai, PEDi Kg Kempadang, PEDI PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu yang bertajuk "Membudayakan Rukun Negara Merealisasikan Perpaduan Bangsa". Perkongsian ini meliputi cabaran Malaysia dalam menyatupadukan rakyat Malaysia dan juga usaha kerajaan bagi mengukuhkan perpaduan melalui pelbagai bidang....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PENYAKIT DIABETES MELLITUS

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2022

Aktiviti pada kali ini adalah siaran langsung mengenai penyakit Diabetes Mellitus atau penyakit kencing manis yang merupakan salah satu penyakit kronik di mana ianya satu masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PERKONGSIAN BERKENAAN PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2022

Perkongsian Dari Empat Buah Pedi Iaitu PEDI Kampung Ubai, PEDI PARK Panching, PEDI Kempadang dan PEDI Bukit Sagu Berkenaan jenis – jenis permainan tradisional yang popular terdapat di Malaysia. Perkongsian ini meliputi sejarah permainan, cara – cara permainan, peraturan serta cara pembuatan permainan tradisional tersebut...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PERKONGSIAN BERKENAAN JENIS – JENIS BUAH BUAHAN TEMPATAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2022

Perkongsian Dari Lima Buah Pedi Iaitu PEDI Kampung Ubai, PEDI Kampung Pandan, PEDI PARK Panching, PEDI Semambu, PEDI Bukit Sagu Berkenaan jenis – jenis buah buahan tempatan yang terdapat di Malaysia. Perkongsian berkenaan fakta,cara penanaman dan khasiat yang terdapat pada buah buahan tempatan....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PROGRAM SISTEM SUBSIDI PEMBELIAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK KELUARGA MALAYSIA (MYCRS)

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2022

Aktiviti pada kali ini adalah siaran langsung mengenai Program Sistem Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia (MyCRS). Initiatif pemberian subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian CRS melibatkan 188,000 penerima berjumlah RM30 juta merupakan satu langkah yang baik bagi meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA KAD RAYA DIGITAL

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022

Aktiviti pada kali ini adalah pertandingan mencipta kad raya digital menggunakan aplikasi Canva. Canva menyediakan platform mereka bentuk grafik dengan percuma dan mesra pengguna serta mudah digunakan untuk beginner....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2022

Aktiviti pada kali ini adalah siaran langsung mengenai penyakit yang semakin menular di kalangan kanak-kanak terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut ataupun lebih dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD). Penyakit ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang menyebabkan ruam dan lepuh di bahagian tangan, kaki dan mulut....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PERKONGSIAN BERKENAAN JENIS -JENIS KUIH MUIH TRADISIONAL DAN CARA PEMBUATAN APABILA MENJELANGNYA PERAYAAN HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 16 Mei 2022

Perkongsian Dari Lima Buah Pedi Iaitu PEDI Kampung Ubai, PEDI Kampung Pandan, PEDI PARK Panching, PEDI Semambu, PEDI Bukit Sagu Berkenaan jenis – jenis kuih muih dan cara pembuatan kuih tradisi masyarakat melayu apabila menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Menceritakan salah silah terciptanya kiuh tersebut dan juga perkongsian cara pembuatan kiuh kepada penonton di alam maya sempena menyambutan Bulan perayaan Aidilfitri yang jatuh pada bulan Mei...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : PENGELUARAN KHAS KWSP

Aktiviti Terkini | 22 April 2022

Aktiviti pada kali ini adalah siaran langsung mengenai pengeluaran khas KWSP. Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PERKONGSIAN BERKENAAN JENIS – JENIS SCAM DAN TIPS UNTUK MENGELAKKAN DARI DI TIPU SEMASA MEMBELI DI ATAS TALIAN (SHOPEE)

Aktiviti Terkini | 18 April 2022

Perkongsian Dari Lima Buah Pedi Iaitu PEDI Kampung Ubai, PEDI Kampung Pandan, PEDI PARK Panching, PEDI Semambu, PEDI Bukit Sagu Berkenaan jenis – jenis scam dan tips-tips keselamatan semasa membeli di atas talian bagi medium SHOPEE. Jenis – jenis scam itu adalah meliabatkan scam perkerjaan, scam mencuri maklumat pembeli/akaun bank. Scam pembayaran, scam akaun dicuri, scam menggunakan parcel, scam penjual palsu centre( untuk penjual SHOPEE) dan scam mesej peribadi. Kami dari lima buah PEDI mengupas dan membincangkan setiap-setiap jenis csam tersebut serta memberi tips keselamatan dari di tipu scammer...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : NINJA POINT PICK UP DROP OFF PEDI KAMPUNG UBAI

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2022

Aktiviti pada kali ini adalah siaran langsung mengenai Ninja Point Pick Up Drop Off di PEDi Kg Ubai. PUDO iaitu ‘Pick Up Drop Off’ merupakan kemudahan pusat sehenti untuk perkhidmatan kurier. Ia menyediakan akses capaian yang meluas bagi memudahkan kutipan atau penghantaran bungkusan menerusi lokasi peti simpanan atau kaunter perkhidmatan yang terpilih.....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PERKONGSIAN BERKENAAN PLATFORM-PLATFORM MEDIA DALAM MEMAJUKAN PERNIAGAAN

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2022

Perkongsian Dari Lima Buah Pedi Iaitu PEDI Kampung Ubai, PEDI Kampung Pandan, PEDI PARK Panching, PEDI Semambu, PEDI Bukit Sagu Berkenaan Platform-Platform media yang ada , dimana para penonton boleh guna dalam memajukan atau memulakan perniagaan di atas talian. Platform yang ada seperti, Instagram, Facebook, Website, Tiktiok dan Shoppe. Penerangan berkenaan platform-platform ini berkaitan cara-cara memajukan perniagaan di platform masing-masing, kebaikan dan keburukan platform yang digunakan dan tips terbaik untuk memajukan perniagaan di setiap platform....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : KLIK DENGAN BIJAK – BULI SIBER

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2022

Aktiviti pada kali ini adalah siaran langsung mengenai topik klik dengan bijak iaitu buli siber. Buli siber memberikan kesan buruk kepada mangsa termasuklah rasa rendah diri, membahayakan diri sendiri, sukar mempercayai orang lain dan perubahan dalam personaliti.....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PERKONGSIAN BERKENAAN JENIS-JENIS KOMPUTER YANG BERADA DI PASARAN

Aktiviti Terkini | 13 Februari 2022

Perkongsian Dari Lima Buah Pedi Iaitu PEDI Kampung Ubai, PEDI Kampung Pandan, PEDI PARK Panching, PEDI Semambu, PEDI Bukit Sagu Berkenaan Jenis –Jenis Komputer Yang Ada Di Pasaran Dunia Meliputi Berkenaan Pengasas Jenama Komputer, Sejarah, Sasaran Pasaran, Kegunaan Dan Produk Lain Yang Dikeluarkan. Komputer Yang Di Kenalkan Adalah Seperti HP, LENOVO, APPLE, DELL dan juga ASUS....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PERKONGSIAN BERKENAAN PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN (KDB)

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2022

Perkongsian Berkenaan Pengurusan Risiko Dalam Talian, Jenis-Jenis Risiko Yang Ada, Cara Mangatasi Risiko Dan Akibat.Perkongsian Risiko Adalah Oversharing(Terlebih Maklumat Peribadi), Keganasan Siber, Keselamatan Komputer, Penipuan Kewangan Dalam Talian Dan Kawal Selia Kendiri.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK – BODY SHAMING

Aktiviti Terkini | 9 Januari 2022

Kali ini kami 4 PEDi brkongsi salah satu tajuk berkaitan Klik Dengan Bijak iaitu berkaitan tentang Body Shaming. Perbuatan body shaming di atas talian masa kini makin berleluasa maka kami mengambil peluang untuk memberi kesedaran tentang isu baody shaming ini....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti