BENGKEL DAN PAMERAN MIV "KLIK DENGAN BIJAK" BERSAMA IBU BAPA PELAJAR SK CHENGAL LEMPONG

Aktiviti terkini |12 November 2022

Tempat Aktiviti:
SK Chengal Lempong

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini merupakan anjuran sekolah SK Chengal Lempong yang melibatkan 3 buah PEDi iaitu PEDi Kg Ubai, PEDi Kg Balok dan PEDi Mahkota Jaya sebagai fasilitator bagi program Bengkel dan Pameran MIV "Klik Dengan Bijak" bersama ibu bapa pelajar SK Chengal Lempong.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya melindungi anak dalam melayari internet dan tips keselamatan internet.
• Selain itu, program ini juga adalah untuk mengeratkan jalinan di antara pihak PEDi dan sekolah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pengenalan Mengenai Canva
• Taklimat Klik Dengan Bijak dan Tayangan Video
• Kuiz Kahoot
• Penyampaian Hadiah
• Sesi Bergambar

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Ibu bapa dan pelajar dapat belajar cara untuk membuat logo, video, presentation dan sebagainya di Canva.
• Memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang keselamatan melayari internet bagi anak-anak.
• Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kemudahan dan latihan ICT yang disediakan di PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :