PROGRAM ADVOKASI SIBER BERSAMA PIHAK INDUSTRI TELEKOMUNIKASI DI NEGERI PAHANG

Aktiviti terkini |11 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
AC Hotel by Marriot, Kuantan

Ringkasan Aktiviti :
• Program Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu satu program berteraskan pembudayaan penggunaan internet secara positif berdasarkan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
• Program Advokasi Siber Bersama Pihak Industri Telekomunikasi Di Negeri Pahang telah dijalankan bagi membudayakan penggunaan internet secara positif.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan program Klik dengan Bijak kepada pemain industri telekomunikasi di Negeri Pahang

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat Klik Dengan Bijak “Internet & Media Sosial”
• Taklimat “Implikasi Media Sosial & Kesihatan Mental”
• Kuiz MyCyberGenius
• Gimik Sambutan Hari Pos Sedunia 2022
• Penyampaian Hadiah
• Sesi Bergambar

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Memupuk peserta untuk mengamalkan penggunaan internet yang positif dan berhemah
• Memberi kesedaran akan risiko penggunaan internet secara berlebihan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :