Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ubai terletak di tengah-tengah sempadan di antara Bandar Kuantan dan Pekan, 29.7 km dari Bandar Kuantan, 21.5 km dari Bandar Pekan. Menurut cerita orang tua yang sudah lama menetap di Kampung ini, mereka menyatakan nama kampung tersebut diberi sempena nama satu pokok rempah ubai. Menurut cerita lain, nama kampung ini diberi sempena nama orang asli iaitu ‘Ubai’ yang pernah menetap di kampung ini. Menurut catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM PEMERIKSAAN MATA PERCUMA OLEH PRO EYE OPTOMETRY

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2017

Program ini adalah program khidmat masyarakat yang menyediakan pemeriksaan mata secara percuma serta promosi jualan cermin mata mampu milik untuk penduduk setempat. Di samping itu, slot Klik Dengan Bijak serta e-Waste akan turut diselitkan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat kampung tentang keselamatan menggunakan internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SEK. KEB. KEMPADANG

Aktiviti Terkini | 10 November 2017

Program Advokasi ini dijalankan di SK Kempadang bersama-sama pelajar darjah 4 hingga darjah 6. Guru-guru juga turut serta untuk program ini. Seramai 300 orang pelajar terlibat dalam program ini....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DAN E-WASTE DI PI1M BALOK PANTAI

Aktiviti Terkini | 01 Oktober 2017

Program yang dijalankan pada bulan ini adalah Klik Dengan Bijak bersempena Hari Terbuka PI1M Kg. Balok Pantai. Program ini dapat membantu memperkenalkan fungsi PI1M & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M kepada penduduk setempat...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak Di Sekolah Kebangsaan Ubai

Aktiviti Terkini | 07 September 2017

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai....baca selanjutnya

'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya

KARNIVAL ICT - ADVOKASI DI SMK TENGKU AFZAN

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2017

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai....baca selanjutnya

Kuiz Hari Raya Aidilfitri & Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2017

Kuiz ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan sekolah, memperkenalkan PI1M serta memberi sedikit pengetahuan berkenaan Klik dengan Bijak...baca selanjutnya

Mewarna Atas Talian & Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2017

Aktiviti ini adalah aktiviti mewarna atas talian bersama Pelajar Prasekolah Sekolah Kebangsaan Ubai yang bertujuan untuk memperkenalkan Pi1M serta memberi sedikit pengetahuan berkenaan Klik dengan Bijak...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

LAWATAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KKMM KE PI1M SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 12 April 2017

Lawatan ini bertujuan memperkenalkan aktiviti dan program yang dilakukan di PI1M Semambu selain dapat berkongsi-kongsi pendapat untuk meningkatkan dan menaik taraf perkhidmatan PI1M...baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANGKATA KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 01 April 2017

Pertandingan ini dapat menguji daya kefahaman pelajar dalam penggunaan komputer serta pengetahuan dalam keselamatan menggunakan internet dalam kehidupan seharian...baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 28 - 30 Mac 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

Balok Wind Challenge

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

Progam ini memberi peluang kepada PI1M untuk memberi pendedahan kepada penduduk mengenai keselamatan menggunakan internet, memperkenalkan perkhidmatan yang ada di PI1M dan melatih penduduk kitar semula peranti elektronik dengan cara yang betul...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak, E-Waste & Digi Cybersafe

Aktiviti Terkini | 04 Februari 2017

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan dan mempromosi aktiviti PI1M kepada penduduk setempat disamping menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN REKACIPTA MENGGUNAKAN KOTAK

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Pertandingan ini diadakan untuk menggalakkan pelajar untuk mengitar semula dan menjaga alam sekitar dan menguji daya kreativiti para pelajar dalam merekacipta. Selain itu, pertandingan ini juga dapat mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat dan menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk ...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti