Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Ubai terletak di tengah-tengah sempadan di antara Bandar Kuantan dan Pekan, 29.7 km dari Bandar Kuantan, 21.5 km dari Bandar Pekan. Menurut cerita orang tua yang sudah lama menetap di Kampung ini, mereka menyatakan nama kampung tersebut diberi sempena nama satu pokok rempah ubai. Menurut cerita lain, nama kampung ini diberi sempena nama orang asli iaitu ‘Ubai’ yang pernah menetap di kampung ini. Menurut catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024TRAIN THE TRAINER E-REZEKI FASA 3
Aktiviti Terkini | 01 Disember 2018Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital....baca selanjutnya
KELAS MAKE OVER BERSAMA DYXY
Aktiviti Terkini | 30 November 2018Kelas ini adalah sebagai kelas untuk usahawan yang bertujuan untuk memberi penerangan untuk sesiapa yang ingin menjadi agen kosmetik DYXY...baca selanjutnya
BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018
Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya
PROGRAM HARI POS SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI PAHANG
Aktiviti Terkini | 09 & 12 Oktober 2018Pusat Internet area Kuantan terlibat dalam menyertai pembukaan booth mengenai Pusat Internet. Program ini dapat memperkenalkan peranan Pusat Internet kepada masyarakat serta dapat memberi pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet...baca selanjutnya
Program Komuniti & Roadshow VIVO Y53 + Free Simpack Digi
Aktiviti Terkini | 30 September 2018Program bermula seawal pukul 8.30 pagi dan berlangsung selama setengah hari. Beberapa aktiviti-aktiviti sukaneka turut diselitkan bagi menarik pengunjung ke program ini. Selain itu, hadiah cabutan bertuah juga disediakan kepada pengunjung yang membeli telefon pintar tersebut...baca selanjutnya
PROGRAM HIMPUNAN USAHAWAN ANJURAN KELAB USAHAWAN IKHTIAR KUANTAN PAHANG
Aktiviti Terkini | 22 September 2018Program ini menerangkan tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan siber serta kepentingan dan kesan jika keselamatan siber diambil enteng, selain itu memperkenalkan PI1M dan mengeratkan hubungan antara komuniti...baca selanjutnya
LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT INDERA MAHKOTA, KUANTAN
Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2018Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SMK ASTANA
Aktiviti Terkini | 18 Julai 2018Program Advokasi ini melibatkan lebih 300 orang pelajar sekolah dan guru yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat usia. Satu pameran telah dijalankan pada hari berkenaan yang melibatkan beberapa orang staff PI di mana pameran tersebut telah mengetengahkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di PI seperti Program KDB, E-Waste, Check Your Label dan juga Robotik anjuran Digi-Petrosains. Kuiz uji minda juga turut diadakan pada hari berkenaan....baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018Program yang dijalankan pada bulan ini adalah jamuan Hari Raya Aidilfitri. Program ini bertujuan untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama komuniti....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI1M SERI DAMAI
Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan pelajar. Para pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang kepentingan melayari internet dengan lebih bijak....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI1M LEPAR HILIR 1
Aktiviti Terkini | 21 April 2018Program ini menerangkan tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan siber serta kepentingan dan kesan jika keselamatan siber diambil enteng, selain itu memperkenalkan PI1M dan mengeratkan hubungan diantara pelajar serta penduduk sekitar Felda Hilir 1 dengan pihak PI1M....baca selanjutnya
CELIK IT BERSAMA PRASEKOLAH
Aktiviti Terkini | 30 Mac 2018Program yang dijalankan adalah program celik IT bersama pelajar prasekolah Sekolah Kebangsaan Ubai. Program ini bertujuan untuk mendedahkan penggunaan ICT di kalangan para pelajar. Aktiviti yang dijalankan adalah mewarna menggunakan komputer. Di samping itu, slot Klik Dengan Bijak turut diselitkan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menggunakan internet secara selamat....baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018Program yang dijalankan adalah gotong-royong bersama komuniti. Program ini bertujuan untuk melahirkan rasa tanggungjawab serta sikap menjaga kebersihan di kalangan komuniti. Di samping itu, slot Klik Dengan Bijak serta e-Waste turut diselitkan bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang kepentingan menggunakan internet secara selamat....baca selanjutnya
PERTANDINGAN PERMAINAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018Program yang dijalankan adalah pertandingan permainan belajar atas talian. Pertandingan ini melibatkan pelajar sekolah rendah yang terbahagi kepada dua kategori iaitu, Tahap 1 (Darjah 1-3) dan Tahap 2 (Darjah 4-6) yang memerlukan peserta untuk menaip dengan pantas serta menyusun semula huruf di keyboard. Pertandingan ini bertujuan untuk menguji kemahiran peserta dalam bidang ICT. Di samping itu, slot Klik Dengan Bijak serta e-Waste akan turut diselitkan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menggunakan internet secara selamat....baca selanjutnya