Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Ubai terletak di tengah-tengah sempadan di antara Bandar Kuantan dan Pekan, 29.7 km dari Bandar Kuantan, 21.5 km dari Bandar Pekan. Menurut cerita orang tua yang sudah lama menetap di Kampung ini, mereka menyatakan nama kampung tersebut diberi sempena nama satu pokok rempah ubai. Menurut cerita lain, nama kampung ini diberi sempena nama orang asli iaitu ‘Ubai’ yang pernah menetap di kampung ini. Menurut catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PERTANDINGAN SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK ATAS TALIAN
Aktiviti Terkini | 27 Disember 2020Menjalankan aktiviti di atas talian dengan komuniti setempat walaupun keadaan semasa yang dilanda pandemic covid19....baca selanjutnya
QUIZ TEKA SILANG KATA ONLINE (KLIK DENGAN BIJAK)
Aktiviti Terkini | 29 November 2020Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai program klik dengan bijak serta mengasah kemahiran penggunaan permainan atas talian seperti quiz silang kata atas talian...baca selanjutnya
FUTURE SKILL FOR ALL (FS4A)
Aktiviti Terkini | 31 Oktober 2020Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menguasai modul-modul pembelajaran digital baru disamping memperkukuhkan kemahiran ‘Computational Thinking’....baca selanjutnya
PAMERAN PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI 2020
Aktiviti Terkini | 20 September 2020Mengadakan Pameran Merdeka anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuantan dengan kerjasama JKKK Bukit Setongkol...baca selanjutnya
KARNIVAL DIGITAL INDERA MAHKOTA
Aktiviti Terkini |15 & 16 Ogos 2020Pusat Internet turut serta menjalankan pelbagai aktiviti secara atas talian di booth MCMC....baca selanjutnya
KUIZ KESEDARAN COVID-19 (ATAS TALIAN)
Aktiviti Terkini | 29 Julai 2020Memberi kesedaran mengenai Covid-19 kepada para peserta serta memberi maklumat langkah-langkah yang perlu dipatuhi untuk menggelak dari terkena Covid-19....baca selanjutnya
TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN SECARA ATAS TALIAN
Aktiviti Terkini |24 Jun 2020Taklimat maklumat tentang langkah-langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran serta teknik-teknik menyelamatkan diri dengan lebih efektif. Petugas PI boleh mendapat info langkah-langkah awal pencegahan sekiranya berlaku kebakaran di PI.....baca selanjutnya
LAWATAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA DI PI SEMAMBU
Aktiviti Terkini | 21 Jun 2020Membuat lawatan ke Pusat Internet Semambu untuk melihat aktiviti atau program yang dijalankan di Pusat Internet Semambu....baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
Penutupan Sementara Pi Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
Penutupan Sementara Pi Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020...baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI LEPAR HILIR 3
Aktiviti Terkini | 16 Februari 2020Program Klik Dengan Bijak melibatkan pengunjung-pengunjung sempena Hari Terbuka PI Lepar Hilir 3. Taklimat terbahagi dua sesi iaitu untuk pelajar-pelajar sekolah dan juga sesi untuk pengunjung-pengunjung dewasa. Antara aktiviti lain dijalankan ialah Pop kuiz KDB, fast typing, mencari objek tersembunyi, word search, timbang bola takraw dan pertandingan dart....baca selanjutnya
PERTANDINGAN SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 26 Januari 2020Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengunjung tentang fungsi PI dan Peranan MCMC dan memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan teknologi secara berhemah dan KDB...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya