Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ubai terletak di tengah-tengah sempadan di antara Bandar Kuantan dan Pekan, 29.7 km dari Bandar Kuantan, 21.5 km dari Bandar Pekan. Menurut cerita orang tua yang sudah lama menetap di Kampung ini, mereka menyatakan nama kampung tersebut diberi sempena nama satu pokok rempah ubai. Menurut cerita lain, nama kampung ini diberi sempena nama orang asli iaitu ‘Ubai’ yang pernah menetap di kampung ini. Menurut catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


SIARAN LANGSUNG: PERKONGSIAN BERKENAAN PANDUAN KESELAMATAN MELAYARI INTERNET

Aktiviti Terkini | 27 Disember 2021

Perkongsian Berkenaan Panduan keselamatan ketika melayari internet kepada pengguna di luar sana bagi memastikan pengguna bijak dalam menggunakan rangkaian internet....baca selanjutnya

ADVOKASI – KETAGIHAN INTERNET DIKALANGAN KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 12 Disember 2021

Slot FB Live kali ini kami berkongsi tajuk mengenai Ketagihan Internet dikalangan kanak-kanak pada masa kini. Kami membicangkan bagaimana terjadinya ketagihan internet dan cara mengatasi ketagihan internet ini. FB Live ini melibatkan empat Pusat Ekonomi Digital iaitu dari PEDi Kg Pandan, PEDi Felda Bukit Sagu, PEDi PAKR Panching dan PEDi Kg Ubai....baca selanjutnya

PROGRAM E-DAGANG BERSAMA KOMUNITI " GO COMMERCE" SIRI II (PLATFORM ZOOM)

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

Program e-dagang Bersama Komuniti “ Go e-Commerce” Siri i telah diadakan pada 3 April 2021 yang lepas dengan penyertaan daripada 30 orang wakil komuniti daripada beberapa PIK sekitar kuantan seperti PIK Kg Ubai, PIK Pandan, PIK Panching, PIK Permatang Pauh dan PIK Ketapang. Pada Program Siri i, peserta telah didedahkan dengan kursus asas pengenalan Shopee dan pendedahan kepada kursus shopee (advance) akan diberikan melalui program Siri ii....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PERKONGSIAN BERKENAAN TIPS-TIPS KESELAMATAN KETIKA DI LANDA MUSIBAH

Aktiviti Terkini | 16 November 2021

Perkongsian Berkenaan Tips-Tips Keselamatan Ketika Di Landa Musibah Daripada 5 Buah Pusat Internet Komuniti Iaitu Pik Kampung Ubai, Pik Pakr Panching, Pik Bukit Sagu, Pik Kampung Pandan Dan Pik Semambu.Tips keselamatan apabila banjir, kebakaran, tips hadapi cuaca panas , kemalangan dan tips hadapi stress....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: BANGUNAN -BANGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2021

Perkongsian kali ini berkaitan dengan info bangunan-bangunan tertinggi di Malaysia. Bersiaran langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Ubai bersama-sama dengan PIK PAKR Panching, PIK Pandan, PIK Felda Bukit Sagu. Perkongsian ini memberi pengetahuan tentang sejarah bangunan-bangunan tertinggi di Malaysia yang kami pilih....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PENGENALAN KEPADA USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA (PART 1)

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2021

Perkongsian bersama dengan PIK Kg Pandan, PIK PAKR Panching, PIK Semambu, PIK Felda Bukit Sagu berkenaan Pengenalan kepada usahawan-usahawan terkenal dan berjaya yang ada di Malaysia bahagian 1....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PANDUAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

Aktiviti Terkini | 20 September 2021

Perkongsian bersama dengan PIK Kg Pandan, PIK PAKR Panching, PIK Semambu, PIK Felda Bukit Sagu dengan tajuk Panduan memulakan peniagaan disiarkan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Ubai. Perkongsian ini memberikan panduan kepada bakal-bakal usahawan yang ingin memulakan perniagaan....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PENGENALAN KEPADA MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 19 September 2021

Perkongsian kali ini di Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Ubai bersama-sama dengan PIK PAKR Panching, PIK Pandan, PIK Felda Bukit Sagu. Kami membawakan tajuk pengenalan kepada Microsoft Word secara asas dan fungsi yang sering digunakan di dalam Microsoft Word....baca selanjutnya

FB LIVE : PERKONGSIAN PERISTIWA BERSEJARAH YANG BERLAKU DI MALAYSIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021

Tujuan perkongsian yang dibuat bersama PIK Kampung Ubai, PIK Kampung Pandan, PIK PAKR Panching dan PIK Felda Bukit Sagu adalah untuk memperingati peristiwa-peristiwa yang bersejarah yang telah berlaku di Malaysia bagi membina jati diri anak bangsa di Malaysia dan lebih mengenali dan menyanyangi Negara Malaysia yang tercinta...baca selanjutnya

FB LIVE : KENALI MALAYSIA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2021

Memberikan info-info berkaitan Malaysia kepada penonton. Kami berkongsi mengenai perlembagaan, rukun negara, lagu kebangsaan dan sebagainya...baca selanjutnya

LIVE : PERKONGSIAN LAMAN WEB PENCARIAN KERJA KOSONG

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2021

Tujuan perkongsian yang dibuat bersama PIK Kampung Ubai, PIK Kampung Pandan, PIK PAKR Panching dan PIK Felda Bukit Sagu adalah untuk membantu adik-adik lepasan SPM ataupun sesiapa sahaja untuk mencari pekerjaan...baca selanjutnya

LIVE : SEMBANG SANTAI HALATUJU SELEPAS SPM BERSAMA CIKGU ASMA’ BINTI AHMAD (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2021

FB Live gabungan empat PIK iaitu PIK Felda Bukit Sagu , PIK Kg Pandan, PIK Kg Ubai dan PIK PAKR Panching bersama dengan penceramah Cikgu Asma yang merupakan seorang guru bimbingan dan kaunseling...baca selanjutnya

ONLINE COLORING

Aktiviti Terkini | 23 Mei 2021

Menjalankan aktiviti di atas talian dengan komuniti setempat walaupun keadaan semasa yang dilanda pandemic covid19....baca selanjutnya

KAMPUNG UBAI GO E-COMMERCE

Aktiviti Terkini | 3 April 2021

Untuk meningkatkan usaha mempromosi e-dagang kepada komuniti sekitar PIK serta sokongan kepada peningkatan sosio ekonomi komuniti setempat dengan menggunakan e-dagang....baca selanjutnya

LAWATAN YAB MENTERI BESAR PAHANG DATO’ SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2021

Lawatan dari YAB Menteri Besar Pahang ke PIK Kampung Ubai sempena Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Banjir 2021 Kerajaan Negeri Pahang kepada penduduk Kampung Ubai di Dewan Kampung Ubai...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ KOMPUTER ATAS TALIAN (MOBILE E-WASTE)

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2021

Menjalankan aktiviti di atas talian dengan komuniti setempat walaupun keadaan semasa yang dilanda pandemic covid19....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ KOMPUTER ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2021

Menjalankan aktiviti di atas talian dengan komuniti setempat walaupun keadaan semasa yang dilanda pandemic covid19...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti