Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Ubai terletak di tengah-tengah sempadan di antara Bandar Kuantan dan Pekan, 29.7 km dari Bandar Kuantan, 21.5 km dari Bandar Pekan. Menurut cerita orang tua yang sudah lama menetap di Kampung ini, mereka menyatakan nama kampung tersebut diberi sempena nama satu pokok rempah ubai. Menurut cerita lain, nama kampung ini diberi sempena nama orang asli iaitu ‘Ubai’ yang pernah menetap di kampung ini. Menurut catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM INTERVERSI PEMERKAKASAN KELUARGA DAN KOMUNITI (FACE)
Aktiviti Terkini | 11 Disember 2016Program Klik Dengan Bijak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan menggunakan internet.....baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.
Pertandingan Sudoku Atas Talian
Aktiviti Terkini | 28 November 2016Pertandingan ini dapat memberi info/ penerangan tentang Klik Dengan Bijak & E-Waste kepada para peserta dan mengasah daya pemikiran peserta...baca selanjutnya
Karnival Amal Kesenian, Kebudayaan & Asas Tani
Aktiviti Terkini | 14 - 16 Oktober 2016Karnival ini memberi peluang kepada pihak PI1M memperkenal dan mempromosikan PI1M disamping memberi pengetahuan kepada orang ramai untuk melupuskan barang-barang eletronik melalui program e-waste...baca selanjutnya
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ISLAMIK & KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 30 September 2016Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta yang hadir supaya dapat membentuk golongan yang bijak serta positif dalam menggunakan internet....baca selanjutnya
Pameran Karnival Semarak Merdeka & Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2016Tujuan pameran ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai DigiCybersafe/Klik Dengan Bijak (KDB) kepada golongan pelajar sekolah serta pengunjung yang hadir supaya dapat membentuk golongan yang bijak serta positif dalam menggunakan internet...baca selanjutnya
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016
Berita TerkiniUntuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya
Pameran Karnival Reka Cipta, Inovasi & ICT Peringkat Kebangsaan 2016 / Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 23 Julai 2016Tujuan pameran ini diadakan untuk memberi pendedahan mengenai DigiCybersafe/Klik Dengan Bijak (KDB) kepada golongan pelajar sekolah serta pengunjung yang hadir supaya dapat membentuk golongan yang bijak serta positif dalam menggunakan internet...baca selanjutnya
Pertandingan Mencipta Kad Raya Kreatif & KDB PI1M Kg. Ubai
Aktiviti Terkini | 26 Jun 2016Tujuan program untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk kampung dan memupuk nilai kreativiti dalam diri perserta. Selain itu, ia juga memupuk nilai-nilai positif dalam melayari internet supaya peserta dapat menjadi seorang pengguna internet yang bijak dan positif...baca selanjutnya
HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KG. UBAI
Aktiviti Terkini | 29 Mei 2016Tujuan program utama Hari Terbukan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk kampung dan menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk kampung serta mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat...baca selanjutnya
Pengenalan Kepada Perniagaan & Komunikasi Melalui Internet
(Program Bersama Pelajar Ump & Pi1m Kg Seri Damai)
Aktiviti Terkini | 24 April 2016
Aktiviti pada bulan ini adalah pengenalan kepada perniagaan & komunikasi melalui internet (program bersama Pelajar UMP & Pi1M Kg. Seri Damai). Sebelum program dimulakan, para peserta diberikan sedikit taklimat berkenaan Klik Dengan Bijak. Taklimat ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada para peserta tentang keselamatan melayari internet. Pelajar UMP memberi sedikit pengenalan kepada perniagaan serta mengajar para peserta dalam menubuhkan akaun media sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook. Para peserta telah diberi peluang untuk mempraktikkan cara-cara mempromosikan produk mereka...baca selanjutnya
Pertandingan Menaip Dengan Pantas & Klik Dengan Bijak (KDB)
Aktiviti Terkini | 26 Mac 2016Pertandingan ini diadakan dengan tujuan ingin melihat sejauh mana kemahiran yang dipelajari dari Kelas ICT yang telah dihadiri oleh para pelajar. Di samping itu, program KDB juga diselitkan bagi meningkatkan rasa tanggungjawab serta selamat dan bijak dalam menggunakan internet...baca selanjutnya
Mewarna Poster Klik Dengan Bijak (KDB) bersama Pelajar TABIKA KEMAS Kampung Ubai
Aktiviti Terkini | 23 Februari 2016Pertandingan mewarna poster ini meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak Tabika Kemas Kampung Ubai. Selain itu, pertandingan ini menarik minat kanak-kanak dalam mempelajari tentang internet...baca selanjutnya
GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PI1M KG. UBAI
Aktiviti Terkini | 23 Januari 2016Aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk tempatan dengan pihak pengurusan PI1M...baca selanjutnya
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif
Berita TerkiniPertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya