Pertandingan Mencipta Kad Raya Kreatif & KDB PI1M Kg. Ubai
Aktiviti Terkini | 26 Jun 2016 Masa: 12.00 tengahari – 03.00 petang
Jumlah Peserta: 40 Orang Pelajar
Tujuan:
• Menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk kampung
• Memupuk nilai kreativiti dalam diri perserta
• Memupuk nilai-nilai positif dalam melayari internet supaya peserta dapat menjadi seorang pengguna internet yang bijak dan positif
Kebaikan / kelebihan aktiviti:
Melalui aktiviti ini, pihak Pi1M dapat memupuk nilai kreativiti serta berdaya saing antara para peserta. Selain itu, melalui aktiviti ini pihak Pi1M juga berharap para pelajar dapat mengambil input yang baik dalam slot KDB supaya dapat menjadi seorang pengguna internet yang bijak dan positif.
Pelaksanaan aktiviti utama:
Aktiviti pada bulan ini adalah pertandingan mencipta kad raya kreatif dan Klik Dengan Bijak (KDB). Sebelum pertandingan dimulakan, para peserta telah diberi sedikit penerangan tentang bagaimana ingin menjadi seorang pengguna internet yang positif melalui slot KDB. Seterusnya, para peserta diberikan sedikit rujukan serta idea melalui youtube.