Menaip Dengan Pantas & Klik Dengan Bijak (KDB)

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2016

Tarikh 26/03/2016 (Sabtu)
Masa: 2.00 ptg- 4.00 ptg
Jumlah Peserta: 20 pelajar

Objektif program:

Pertandingan ini diadakan dengan tujuan ingin melihat sejauh mana kemahiran yang dipelajari dari Kelas ICT yang telah dihadiri oleh para pelajar.
Di samping itu, program KDB juga diselitkan bagi meningkatkan rasa tanggungjawab serta selamat dan bijak dalam menggunakan internet.

Kaedah Perlaksanaan Program:

Aktiviti pada bulan ini adalah pertandingan menaip dengan pantas dan Klik Dengan Bijak (KDB). Sebelum pertandingan dimulakan, para peserta telah diberi sedikit penerangan tentang bagaimana ingin menjadi seorang pengguna internet yang positif melalui slot KDB. Seterusnya, pertandingan menaip dengan pantas bermula. Peserta diberikan satu esei yang memerlukan mereka untuk menggunakan pelbagai jenis format di dalam Microsoft Word 2013.