PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ISLAMIK & KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 30 September 2016
Masa: 2.30 petang – 5.30 petang
Jumlah Peserta: 20 orang
Tujuan:
• Memberi pendedahan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta yang hadir supaya dapat membentuk golongan yang bijak serta positif dalam menggunakan internet.
• Memperkenalkan PI1M kepada penduduk.
• Menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk.
• Mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat.
Kebaikan / kelebihan aktiviti:
Melalui aktiviti ini, diharapkan para peserta dapat menyedari tentang keselamatan menggunakan internet serta cara-cara menggunakan internet dengan bijak selepas melukis poster tersebut.
Pelaksanaan aktiviti utama:
Aktiviti pada bulan ini adalah Pertandingan Melukis Poster Islamik & Klik Dengan Bijak Para peserta diminta untuk melukis poster klik dengan bijak yang berkaitan dengan dakwah menggunakan Microsoft Word 2013. Para peserta mencari bahan maklumat di internet tentang bagaimana untuk melayari internet dengan bijak serta mengaitkan isi poster tersebut dengan dakwah Islam. Hadiah diberikan kepada tiga poster terbaik yang kreatif dan cantik.