Pameran Karnival Reka Cipta, Inovasi & ICT Peringkat Kebangsaan 2016 / Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 23 Julai 2016 Masa: 09.00 Pagi – 04.00 Petang
Jumlah Peserta: 100 Orang
Tujuan:
Memberi pendedahan mengenai DigiCybersafe/Klik Dengan Bijak (KDB) kepada golongan pelajar sekolah serta pengunjung yang hadir supaya dapat membentuk golongan yang bijak serta positif dalam menggunakan internet.
Kebaikan / kelebihan aktiviti:
Melalui aktiviti ini, pihak Pi1M dapat memberi kesedaran tentang keselamatan menggunakan internet serta cara-cara menggunakan internet dengan bijak melalui kuiz serta video yang ditayangkan di tapak pameran sekolah.
Pelaksanaan aktiviti utama:
Aktiviti pada bulan ini adalah Pameran Karnival Reka Cipta, Inovasi & ICT Peringkat Kebangsaan 2016. Pi1M daerah Kuantan telah mengadakan pameran Klik dengan Bijak serta DigiCyberSafe sempena karnival tersebut. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang pameran berlangsung. Para peserta diberikan kuiz tentang keselamatan dalam melayari internet serta bahan bacaan KDB bagi memupuk nilai positif ketika melayari internet. Pengunjung juga mendapat penanda buku KDB sebagai cenderamata selain dapat bergambar di Photobooth yang disediakan oleh pihak Pi1M.