Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ubai terletak di tengah-tengah sempadan di antara Bandar Kuantan dan Pekan, 29.7 km dari Bandar Kuantan, 21.5 km dari Bandar Pekan. Menurut cerita orang tua yang sudah lama menetap di Kampung ini, mereka menyatakan nama kampung tersebut diberi sempena nama satu pokok rempah ubai. Menurut cerita lain, nama kampung ini diberi sempena nama orang asli iaitu ‘Ubai’ yang pernah menetap di kampung ini. Menurut catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 25 Disember 2019

Pertandingan ini dapat memupuk semangat kesukanan pada kalangan komuniti Kampung Ubai dan memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan teknologi secara berhemah dan KDB.....baca selanjutnya

PAMERAN ANALOG SWITCH OFF DI SEMINAR 5G BEYOND IMAGINATION

Aktiviti Terkini | 16 November 2019

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan dapat menyampaikan maklumat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan...baca selanjutnya

PROGRAM HARI POS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 09 Oktober 2019

Kluster Kuantan bersama SKMM Wilayah Timur membuka booth di Pejabat POS Pahang sempena Hari POS Sedunia. Pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung booth yang terdiri daripada pekerja POS dan orang ramai yang datang ke Pejabat Pos....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA HARI KOPERASI SMK ASTANA

Aktiviti Terkini | 04 September 2019

Program ini memberi kesedaran mengenai Klik Dengan Bijak serta memperkenalkan Program Kesedaran Analog Switchoff (ASO)...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA & PUZZLE JALUR GEMILANG ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2019

Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri peserta dan memberi sedikit pengenalan “Klik Dengan Bijak & Pembuangan Sisa Elektronik e-Waste”...baca selanjutnya

AKTIVITI MEMBUAT BEG D.I.Y

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2019

Aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan teknologi secara berhemah dan memupuk sifat mengitar semula pakaian terpakai untuk kegunaan seharian....baca selanjutnya

PROGRAM KDB RAYA KLUSTER KUANTAN

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019

Program KDB Raya merupakan gabungan aktiviti Klik Dengan Bijak dan Jamuan Hari Raya. Program ini tercetus, hasil daripada pandangan En. Fairose untuk mengadakan satu program ringkas yang melibatkan kesemua PI Kluster Kuantan, pihak Digi dan MCMC....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK BALOK

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2019

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar & guru tentang penggunaan teknologi secara berhemah....baca selanjutnya

PROGRAM KUIZ RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2019

Program ini memberi pendedahan dan kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet, dan juga pelupusan barangan elektronik (e-weste) secara selamat....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 20 April 2019

Program Advokasi di SK Semambu melibatkan pelajar dan guru-guru. Pada hari tersebut edaran flyers mengenai program Klik Dengan Bijak & E-Waste diberikan kepada guru-guru. Selain itu pelajar tahun 3, 4, 5 & 6 menyertai taklimat berkaitan penggunaan teknologi secara berhemah. Mereka juga diberi soalan-soalan berkaitan KDB....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI DEWAN LEPAR HILIR 3

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2019

Program telah dihadiri oleh seramai hampir 150 orang yang terdiri dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang berasaskan Klik Dengan Bijak dan e-Waste....baca selanjutnya

Pertandingan Speed Typing

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019

Program yang dijalankan adalah pertandingan “speed typing” bersama pelajar sekolah rendah dan menengah. Program ini bertujuan untuk menilai kemahiran menaip para peserta. Di samping itu, slot Klik Dengan Bijak serta e-Waste akan turut diselitkan bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang kepentingan menggunakan internet secara selamat...baca selanjutnya

Gotong-Royong Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2019

Program yang dijalankan adalah gotong-royong bersama komuniti. Program ini bertujuan untuk melahirkan rasa tanggungjawab serta sikap menjaga kebersihan di kalangan komuniti. Di samping itu, slot Klik Dengan Bijak serta e-Waste akan turut diselitkan bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang kepentingan menggunakan internet secara selamat...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti