Pengenalan Kepada Perniagaan & Komunikasi Melalui Internet
(Program Bersama Pelajar Ump & Pi1m Kg Seri Damai)
Aktiviti Terkini | 24 Aprill 2016
Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Jumlah Peserta: 13 Orang
Objektif program:
:Membantu para usahawan menggunakan kemudahan Internet di PI1M untuk perniagaan mereka.
:Menjadikan para usahawan mahir menggunakan computer
Kaedah Perlaksanaan Program:
Aktiviti pada bulan ini adalah pengenalan kepada perniagaan & komunikasi melalui internet (program bersama Pelajar UMP & Pi1M Kg. Seri Damai). Sebelum program dimulakan, para peserta diberikan sedikit taklimat berkenaan Klik Dengan Bijak. Taklimat ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada para peserta tentang keselamatan melayari internet. Pelajar UMP memberi sedikit pengenalan kepada perniagaan serta mengajar para peserta dalam menubuhkan akaun media sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook. Para peserta telah diberi peluang untuk mempraktikkan cara-cara mempromosikan produk mereka.