PERTANDINGAN PERMAINAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN

Aktiviti terkini | 28 Januari 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Ubai

Tujuan :
• Memberi kesedaran kepada penduduk kampung tentang penggunaan internet & pengurusan sisa elektronik (e-waste)
• Menjalinkan kerjasama yang baik antara pihak PI1M dan komuniti
• Mencapai KPI KDB & KPI Kelas ICT yang ditetapkan oleh pihak SKMM
• Menguji kemahiran peserta dalam bidang ICT

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
Program yang dijalankan adalah pertandingan permainan belajar atas talian. Pertandingan ini melibatkan pelajar sekolah rendah yang terbahagi kepada dua kategori iaitu, Tahap 1 (Darjah 1-3) dan Tahap 2 (Darjah 4-6) yang memerlukan peserta untuk menaip dengan pantas serta menyusun semula huruf di keyboard. Pertandingan ini bertujuan untuk menguji kemahiran peserta dalam bidang ICT. Di samping itu, slot Klik Dengan Bijak serta e-Waste akan turut diselitkan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menggunakan internet secara selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :