CELIK IT BERSAMA PRASEKOLAH

Aktiviti terkini | 30 Mac 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Ubai

Tujuan :
• Mendedahkan penggunaan ICT di kalangan pelajar prasekolah
• Menjalinkan kerjasama yang baik antara pihak PI1M dan sekolah
• Mencapai KPI KDB & KPI Kelas ICT yang ditetapkan oleh pihak SKMM
• Memberi kesedaran kepada peserta tentang penggunaan internet dengan selamat

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
Program yang dijalankan adalah program celik IT bersama pelajar prasekolah Sekolah Kebangsaan Ubai. Program ini bertujuan untuk mendedahkan penggunaan ICT di kalangan para pelajar. Aktiviti yang dijalankan adalah mewarna menggunakan komputer. Di samping itu, slot Klik Dengan Bijak turut diselitkan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menggunakan internet secara selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

>