SIARAN LANGSUNG : NINJA POINT PICK UP DROP OFF PEDI KAMPUNG UBAI

Aktiviti terkini |22 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page “Pusat Ekonomi Digital -PEDi Kampung Ubai”

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti pada kali ini adalah siaran langsung mengenai Ninja Point Pick Up Drop Off di PEDi Kg Ubai.
• PUDO iaitu ‘Pick Up Drop Off’ merupakan kemudahan pusat sehenti untuk perkhidmatan kurier.
• Ia menyediakan akses capaian yang meluas bagi memudahkan kutipan atau penghantaran bungkusan menerusi lokasi peti simpanan atau kaunter perkhidmatan yang terpilih.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan perkongsian melalui platform Facebook Live kali ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan terbaru yang terdapat di PEDi Kg Ubai kerana telah dipilih sebagai salah satu Ninja Point bagi membantu peniaga atas talian membuat penghantaran pesanan

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Perkongsian di Facebook Page “Pusat Ekonomi Digital -PEDi Kampung Ubai”
• Perkongsian mengenai perkhidmatan yang disediakan di Ninja Point PEDi Kg Ubai
• Tayangan video mengenai langkah-langkah untuk menghantar pesanan melalui Ninja Van

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Memberi hebahan kepada komuniti tentang perkhidmatan kurier Ninja Van yang disediakan di Ninja Point PEDi Kg Ubai
• Membantu penjual atas talian untuk mengepos produk mereka kepada pembeli dengan mudah tanpa perlu pergi ke Bandar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :