SIARAN LANGSUNG : PROGRAM SISTEM SUBSIDI PEMBELIAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK KELUARGA MALAYSIA (MYCRS)

Aktiviti terkini |23 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page “Pusat Ekonomi Digital -PEDi Kampung Ubai”

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti pada kali ini adalah siaran langsung mengenai Program Sistem Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia (MyCRS).
• Initiatif pemberian subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian CRS melibatkan 188,000 penerima berjumlah RM30 juta merupakan satu langkah yang baik bagi meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan perkongsian melalui platform Facebook Live pada kali ini adalah untuk memberi hebahan kepada komuniti mengenai bantuan subsidi yang diberikan oleh kerajaan Keluarga Malaysia kepada golongan B40 supaya dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Perkongsian di Facebook Page “Pusat Ekonomi Digital -PEDi Kampung Ubai”
• Perkongsian mengenai Program Sistem Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia (MyCRS)
• Cara Membuat Permohonan MyCRS
• Senarai wakil jualan untuk menebus subsidi yang diberikan

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Meringankan bebanan keluarga dari golongan B40 untuk membeli kerusi keselamatan kanak-kanak dengan pemberian subsidi oleh kerajaan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :