SIARAN LANGSUNG : PENYAKIT DIABETES MELLITUS
Aktiviti terkini |24 Julai 2022Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital -PEDi Kampung Ubai
Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti pada kali ini adalah siaran langsung mengenai penyakit Diabetes Mellitus atau penyakit kencing manis yang merupakan salah satu penyakit kronik di mana ianya satu masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia.
• Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.
Tujuan Aktiviti :
• Tujuan perkongsian melalui platform Facebook Live pada kali ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai penyakit kencing manis yang merupakan penyakit kronik di samping mendidik komuniti untuk menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang seimbang.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Perkongsian di Facebook Page “Pusat Ekonomi Digital -PEDi Kampung Ubai”
• Perkongsian mengenai punca diabetes, jenis diabetes, gejala, golongan berisiko serta cara untuk mencegah dari menghidap penyakit kencing manis
Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Mendidik komuniti untuk menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :