SIARAN LANGSUNG : PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT
Aktiviti terkini |20 Mei 2022Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital -PEDi Kampung Ubai
Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti pada kali ini adalah siaran langsung mengenai penyakit yang semakin menular di kalangan kanak-kanak terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut ataupun lebih dikenali sebagai Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD).
• Penyakit ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang menyebabkan ruam dan lepuh di bahagian tangan, kaki dan mulut.
Tujuan Aktiviti :
• Tujuan perkongsian melalui platform Facebook Live pada kali ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa/penjaga untuk bersama-sama mencegah penyakit berjangkit ini serta mengenalpasti tanda atau gejala penyakit ini supaya dapat mengelakkan penyakit ini terus menular di kalangan kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah disebabkan penyakit ini masih lagi belum ada ubat khusus ataupun vaksin bagi mengurangkan kadar jangkitan.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Perkongsian di Facebook Page “Pusat Ekonomi Digital -PEDi Kampung Ubai”
• Perkongsian mengenai Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
• Langkah Pencegahan Jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
• Rawatan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut di Rumah
Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Memberi kesedaran kepada komuniti tentang penyakit berjangkit; Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :