ICT: E-LATIH: INTRODUCTION TO MICROSOFT EXCEL
Aktiviti terkini |23 Ogos 2024Tempat Aktiviti:
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Ubai
Ringkasan Aktiviti :
• Microsoft Excel ialah program perisian hamparan yang popular untuk perniagaan.
• Ia digunakan untuk kemasukan dan pengurusan data, carta dan graf serta pengurusan projek.
• Ia boleh memformat, menyusun, memvisualisasikan dan mengira data.
• Kelas ICT ini diadakan menggunakan platform e-Latih, sebuah platform yang dibangunkan oleh HRDCorp dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia yang mana kursus kemahiran yang disediakan di dalam platform ini akan menjana sijil tamat kursus oleh HRD Corp.
Tujuan Aktiviti :
• Tujuan aktiviti pada kali ini adalah untuk memberi pengajaran kepada pelajar lepasan SPM tentang asas Microsoft Excel bagi membolehkan peserta menggunakan aplikasi ini untuk tujuan menyiapkan tugasan apabila melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Format di dalam Microsoft Excel
• Menggnakan formula di dalam Microsoft Excel
• Fungsi “sort & filter” di dalam Microsoft Excel
• Menggunakan carta di dalam Microsoft Excel
Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Peserta dapat mempelajari asas Microsoft Excel untuk digunakan di dalam tugasan
• Peserta dapat sijil digital setelah menamatkan kursus kemahiran di dalam platform e-Latih dan boleh digunakan untuk urusan carian kerjaya.
Nama VIP:
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :