ICT: CANVA - MENCIPTA POSTER

Aktiviti terkini |20 Julai 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Ubai

Ringkasan Aktiviti :
• Canva ialah alat reka bentuk grafik dalam talian yang percuma untuk digunakan. Ianya digunakan untuk membuat siaran media sosial, pembentangan, poster, video, logo dan banyak lagi.
• Aktiviti pada kali ini adalah penciptaan poster menggunakan Canva yang pertama kali diperkenalkan kepada peserta kelas pada kali ini.
• Aktiviti pada kali ini melibatkan lima orang peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan aktiviti pada kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada platform Canva yang mempunyai pelbagai fungsi dan templat penciptaan kandungan digital.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Asas menaip di Canva
• Asas membuat carian objek/element di Canva
• Memuat naik gambar ke dalam projek Canva
• Memuat turun hasil poster

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Peserta dapat mempelajari peralatan (tools) yang digunakan di dalam Canva untuk tujuan menghasilkan poster.
• Peserta dapat mempelajari cara untuk memuat turun gambar di enjin carian untuk dimuat naik ke dalam projek Canva.
• Peserta dapat mempelajari cara memuat turun poster untuk tujuan promosi.

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :