PENDAFTARAN PADU

Aktiviti terkini |1-30 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kampung Ubai

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti pada bulan ini adalah Pendaftaran PADU bersama komuniti Kampung Ubai. PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.
• Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.
• Hebahan mengenai Pendaftaran PADU di PEDi Kampung Ubai telah dilakukan melalui pelbagai platform termasuklah media sosial seperti kumpulan WhatsApp komuniti.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan aktiviti pada kali ini adalah untuk membantu komuniti membuat pendaftaran PADU bagi mengisi maklumat/data isi keluarga seperti yang diseru oleh kerajaan

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran PADU
• Pendaftaran eMadani
• Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Membantu komuniti untuk mendaftar PADU bagi membolehkan komuniti mendapat bantuan seperti subsidi bersasar
• Membantu komuniti yang mana belum menebus eMadani menerusi platform ewallet dalam peranti mereka
• Membantu komuniti untuk mengemaskini sumbangan tunai rahmah

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :