PROJEK STEM: KURA-KURA COMEL

Aktiviti terkini |21 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kampung Ubai

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti pada bulan ini adalah mencipta Projek STEM: Kura-kura comel.
• Aktiviti pada kali ini melibatkan penggunaan mikropengawal microbit dan juga melibatkan pengaturcaraan melalui laman web makecode.microbit.org.
• Seramai 30 orang pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai aktiviti ini dan dijalankan secara berkumpulan bagi mencipta replika kura-kura yang boleh mengeluarkan kepalanya apabila microbit digoncang.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan aktiviti pada kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti dalam bidang STEM iaitu asas kepada sains komputer.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat S.A.F.E. Internet
• Pengenalan kepada Microbit
• Mencipta Projek STEM Kura-kura
• Mengaturcara arahan ke dalam microbit

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Mengasah kemahiran dan kreativiti peserta dalam menghasilkan projek kura -kura yang comel dan kemas
• Memupuk semangat kerjasama dalam berpasukan bagi menyiapkan projek kura-kura

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :