SAMBUTAN HARI MALAYSIA & PROGRAM ADVOKASI BERSAMA TABIKA KEMAS JAYA GADING

Aktiviti terkini |15 September 2023

Tempat Aktiviti:
Tabika KEMAS Jaya Gading, Kuantan

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti pada bulan ini adalah Sambutan Hari Malaysia & Program Advokasi Bersama Tabika KEMAS Jaya Gading yang dianjurkan oleh PEDi Kg Seri Damai.
• Para peserta adalah terdiri daripada pelajar tabika yang berumur dari 5 tahun sehingga 6 tahun.
• Aktiviti ini juga turut dihadiri oleh tujuh lagi PEDi iaitu daripada PEDi Kg Pandan, PEDi Kg Ubai, PEDi Felda Bukit Sagu, PEDi Kg Kempadang, PEDi Felda Lepar Hilir, PEDi Taman Sri Mahkota Jaya dan juga PEDi Taman Berjaya Permai.
• Program ini melibatkan lima buah kelas yang terdiri daripada 106 pelajar.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama aktiviti ini adalah memberi pengenalan kepada pelajar Tabika KEMAS mengenai perkakasan komputer dan juga pendedahan mengenai advokasi Klik dengan Bijak di samping menyambut majlis penutupan bulan Kemerdekaan bersama Tabika KEMAS.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat Pengenalan kepada perkakasan komputer
• Taklimat Klik Dengan Bijak & S.A.F.E
• E-Learning (Tablet)
• Penyampaian Saguhati
• Penutup

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Menarik minat pelajar menggunakan komputer & tablet.
• Mengeratkan hubungan diantara staf PEDi, pelajar dan guru-guru.
• Memberi kesedaran akan risiko penggunaan internet

Nama VIP:
• Guru Tabika KEMAS Jaya Gading - Norwahi Binti Ismail

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :