CYBERTALK@SCHOOL BERSAMA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARUL MAKMUR GANCHONG

Aktiviti terkini |14 September 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Agama Darul Makmur Ganchong, Pekan, Pahang

Ringkasan Aktiviti :
• Program pada bulan ini adalah Cybertalk@School bersama Pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Makmur Ganchong.
• Program ini adalah anjuran PEDi Kampung Ubai dan CelcomDigi yang mana mensasarkan pelajar sekolah menengah dengan memberi taklimat kesedaran penggunaan internet dengan selamat yang membawa topik Buli Siber dan Pengantunan Dalam Talian (Cybergrooming).
• Program ini juga turut dihadiri oleh PEDi Kampung Kempadang dan juga PEDi Kampung Seri Damai.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah menengah berkaitan dengan risiko jenayah atas talian, khususnya buli siber dan juga pengantunan dalam talian yang memberi kesan buruk kepada mangsa jenayah tersebut di samping menyampaikan tips keselamatan penggunaan media sosial.
• Selain itu, para pelajar juga dapat menikmati simkad pra bayar secara percuma yang diagihkan oleh pihak CelcomDigi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pelaksanaan Program adalah seperti berikut:
• Taklimat Cybertalk@School
• Kuiz Cybertalk@School
• Penyampaian Hadiah
• Pengagihan Simkad Percuma kepada Pelajar
• Penutup

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Memberi kesedaran tentang penggunaan internet secara positif
• Mengagihkan simkad prabayar secara percuma kepada pelajar sekolah menengah

Nama VIP:
• Rohaini binti Othman
• Nurul Salwa binti Ruslan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :