PROGRAM ADVOKASI & SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN BERSAMA TADIKA KEMAS KEM BATU10

Aktiviti terkini |18 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Tadika Kemas Kem Batu 10

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti pada bulan ini adalah Program Advokasi & Sambutan Bulan Kemerdekaan Bersama Tadika Kemas Kem Batu 10 yang dianjurkan oleh PEDi Kg Seri Damai.
• Para peserta adalah terdiri daripada pelajar tadika yang berumur daripada 5 tahun sehingga 6 tahun.
• Aktiviti ini juga turut dihadiri oleh lima PEDi iaitu daripada PEDi Kg Pandan, PEDi Kg Ubai, PEDi Bukit Sagu, PEDi Kempadang, PEDi Mahkota Jaya dan juga PEDi Berjaya Permai. Aktiviti ini bertemakan Hari Kemerdekaan.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama aktiviti ini adalah sambutan hari kemerdekaan. Disamping itu juga turut memberi pengenalan kepada kanak – kanak Tadika Kemas mengenai perkakasan komputer dan juga pendedahan mengenai advokasi & Klik dengan Bijak.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat Pengenalan kepada perkakasan komputer
• Taklimat Klik Dengan Bijak & S.A.F.E
• E-Learning (Tablet)
• Sambutan Bulan Kemerdekaan
• Penutup

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Menarik minat pelajar menggunakan komputer & tablet.
• Mengeratkan hubungan diantara staf PEDi, pelajar dan guru-guru.
• Memberi pendedahan awal cara penggunaan tetikus dan papan kekunci
• Memberi kesedaran akan risiko penggunaan internet

Nama VIP:
• Guru Tadika Kem Batu 10 - Sapaiah Binti Asnan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :