PROGRAM PENUTUP KELAS ICT & ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti terkini |19 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kampung Balok

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti yang dijalankan pada bulan ini adalah Program Penutup Kelas ICT dan Advokasi Klik Dengan Bijak.
• Aktiviti ini merupakan anjuran PEDi Kampung Balok dengan Kerjasama PEDi Semambu, PEDi Kampung Ubai, PEDi Kampung Pandan, PEDi Felda Bukit Sagu, PEDi Felda Lepar Hilir, dan PEDi Taman Seri Mahkota Jaya.
• Aktiviti ini melibatkan 56 orang peserta sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti kelas ICT semasa cuti sekolah.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan utama program ini adalah untuk mengadakan aktiviti yang menarik bersama peserta kelas ICT bagi meraikan kesungguhan para peserta mengikuti kelas yang dijalankan di PEDi di samping itu memberi pendedahan kepada ancaman jenayah di atas talian

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran Aktiviti
• Taklimat Klik Dengan Bijak
• Klik Dengan Bijak Hunt
• Pertandingan Klik Dengan Bijak Craft
• Pertandingan Mewarna
• Pertandingan Merekacipta Poster Menggunakan Canva
• Penyampaian Hadiah
• Makan Tengahari

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Mempromosikan PEDi dengan mengadakan aktiviti yang menarik minat komuniti untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi
• Menjalinkan hubungan yang baik bersama komuniti
• Mendidik komuniti untuk mengamalkan etika yang positif semasa berinteraksi atau menggunakan internet
• Memberi pendedahan kepada komuniti tentang ancaman jenayah di atas talian

Nama VIP:


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :