EXPLORACE ICT

Aktiviti terkini |20 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kampung Ubai

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti yang dijalankan pada bulan ini adalah Explorace ICT yang diadakan sempena cuti sekolah melibatkan pelajar sekolah rendah.
• Pelbagai aktiviti dijalankan secara berkumpulan dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain bagi mengasah kemahiran ICT iaitu menaip, mengawal tetikus dan kepantasan menyiapkan tugasan demi bersaing merebut gelaran juara.

Tujuan Aktiviti :
• Tujuan aktiviti pada kali ini adalah untuk mendidik peserta tentang kemahiran penggunaan perkakasan komputer di samping mewujudkan sifat berdaya saing yang sihat dan kerjasama antara kumpulan

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Perkongsian taklimat Klik Dengan Bijak
• Tayangan video Klik Dengan Bijak
• Menaip menggunakan Microsoft Word
• Cantum puzzle Klik Dengan Bijak
• Cari perkataan
• Treasure Hunt
• Penyampaian Hadiah

Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Mengasah kemahiran penggunaan perkakasan komputer dalam diri peserta
• Mendidik peserta tentang kesedaran jenayah atas talian seperti buli siber dan pengantunan dalam talian

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :