MENONTON SAMBIL BELAJAR & KDB

Aktiviti Terkini | 30 November 2015

Matlamat utama program ini adalah untuk menghargai dan mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan dengan pengguna Pi1M Kg Ubai serta meningkatkan tahap ketumpuan pelajar terhadap sesuatu perkara dan meningkatkan taraf penggunaan internet dengan selamat dan bijak.

Aktiviti ini telah dijalankan di Pi1M Kg Ubai pada 30/11/2015 dan telah disertai oleh 20 orang pelajar sekolah rendah. Aktiviti pada bulan ini adalah menonton sambil belajar. Melalui aktiviti ini, pihak Pi1M dapat melihat tahap fokus pelajar terhadap bahan cerita yang dipaparkan. Di samping itu, pihak Pi1M dapat mengasah semangat berdaya saing dengan memberi hadiah kepada pemenang yang berjaya menjawab soalan-soalan berdasarkan cerita tersebut yang telah diberikan di penghujung aktiviti. Sebelum movie ditayangkan, peserta diberikan pendedahan terhadap penggunaan internet dengan cara yang selamat dan bijak.

Pemenang Tempat Pertama : ABDULLAH ZAINAL BIN ZULKEFLE
Pemenang Tempat Kedua : MUHAMMAD AMINUL ISKANDAR BIN MOHD JUNUS
Pemenang Tempat Ketiga : ADNAN BIN SIDEK

Gambar disepanjang aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama